Thursday 11 December 2014

Tahniah Hafeez Fitri bin Shahrul Azam

JOHOR BAHRU, 11 DIS 2014 - Tahniah diucapkan kepada Hafeez Fitri bin Shahrul Azam yang telah menerima Anugerah Khas Pelajar OKU Cemerlang (Akademik) Peringkat Negeri Johor sempena Sambutan Orang Kurang Upaya Peringkat Negeri Johor.


Padi menguning di tengah sawah, 
Laksana emas indah warnanya, 
Kita dibimbing di waktu sekolah, 
Ilmu yang luas besar gunanya.

Hafeez Fitri adalah salah seorang murid cemerlang UPSR 2014 yang telah berjaya memperoleh keputusan 5A. Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin kepada Hafeez Fitri untuk lebih cemerlang dan menjadi inspirasi kepada warga SKTPP dan calon-calon UPSR 2015 khasnya.







Tuesday 11 November 2014

Lawatan Penanda Aras ke SKPG4

Ribuan terima kasih dan penghargaan dirakamkan kepada warga SK Pasir Gudang 4 yang telah menerima kunjungan kami.  












Wednesday 1 January 2014

KEPUTUSAN CEMERLANG UPSR MURID ISTIMEWA

KEPUTUSAN CEMERLANG UPSR MURID OKU DI ALIRAN PERDANA
KATEGORI MASALAH PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN
TAHUN 2013

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ahmad Fakhrurazi bin Abdul Rahman dan Mohd Danial Fitri bin Johari yang telah mengaharumkan nama sekolah dengan anugerah yang diperolehi.

Warga SKTPP berharap kedua-dua murid ini akan terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada murid-murid lain dengan membuktikan bahawa kejayaan boleh digapai dengan mengamalkan akhlak yang mulia, komitmen yang tinggi dan usaha gigih yang tidak kenal jemu.