Thursday 11 December 2014

Tahniah Hafeez Fitri bin Shahrul Azam

JOHOR BAHRU, 11 DIS 2014 - Tahniah diucapkan kepada Hafeez Fitri bin Shahrul Azam yang telah menerima Anugerah Khas Pelajar OKU Cemerlang (Akademik) Peringkat Negeri Johor sempena Sambutan Orang Kurang Upaya Peringkat Negeri Johor.


Padi menguning di tengah sawah, 
Laksana emas indah warnanya, 
Kita dibimbing di waktu sekolah, 
Ilmu yang luas besar gunanya.

Hafeez Fitri adalah salah seorang murid cemerlang UPSR 2014 yang telah berjaya memperoleh keputusan 5A. Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin kepada Hafeez Fitri untuk lebih cemerlang dan menjadi inspirasi kepada warga SKTPP dan calon-calon UPSR 2015 khasnya.