Sunday 12 July 2015

PROGRAM JALINAN SK TAMAN PASIR PUTIH, SKK BERSAMA ASIAFLEX PRODUCTS SDN BHD DAN PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN MURID KURANG BERKEMAMPUAN 2015.

 
              Program Jalinan SK Taman Pasir Putih bersama Asiaflex Products Sdn. Bhd  telah berlangsung pada hari Khamis, 2 Julai 2015 bersamaan 15 Ramadan 1436H. Majlis  ini bertujuan merasmikan papan tanda baru SK Taman Pasir Putih, Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Kelas Abad 21  yang ditaja oleh Asiaflex. Syarikat Asiaflex Products Sdn. Bhd telah bermurah hati menyediakan prasarana bagi kelas 1 Rajin dan 4  Rajin. Untuk makluman, PIBG SK Taman Pasir Putih juga telah menyumbang prasarana  bagi kelas 2 Rajin dan 5 Rajin. Setinggi-tinggi penghargaaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak penaja. Adalah diharapkan kerjasama yang terjalin akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
 
              Pada kesempatan ini, diadakan juga majlis penyerahan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim dan murid kurang berkemampuan. Aktiviti  ini merupakan aktiviti tahunan bagi SK Taman Pasir Putih. Majlis  pada tahun 2015 ini lebih meriah dengan kehadiran kakitangan daripada syarikat Asiaflex Products Sdn. Bhd dan  United System Technologies Sdn Bhd. Hasil sumbangan diperoleh daripada warga SKTPP, ibu bapa, PIBG dan syarikat-syarikat di sekitar Pasir Gudang termasuklah Asiaflex Products Sdn. Bhd. Semoga sumbangan ini dapat memberi kegembiraan kepada mereka sebagai persediaan menyambut Syawal. Majlis pada hari itu diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah di surau SKTPP.
 
           Penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program in. Tahniah kepada Jawatankuasa Unit HEM yang telah berjaya melaksanakan majlis ini.
 
Puan Zurina binti Mohd. Noor, Pengurus Sumber Manusia, Asiaflex  Products Sdn. Bhd merasmikan papan tanda SK  Taman Pasir Putih, Sekolah Kluster Kecemerlangan.
 
 
 

 
En. Ashari bin Abu Bakar, Pengurus HSE, Asiaflex Products Sdn. Bhd dan
En. Phua Ser Kiong, Pengurus United System Technologies Sdn. Bhd 
merasmikan Kelas Abad 21. 
 

 
 
 


 
Foto kenangan semua yang terlibat bersama anak-anak yatim.
 

Wednesday 6 May 2015

LATIHAN KEBAKARAN SIRI 1 SK TMAN PASIR PUTIH 2015

Pada 6 Mei 2015,  Jawatankuasa Keselamatan dan Kebakaran, Unit 3K SK Taman Pasir Putih telah mengadakan satu latihan kebakaran untuk warga SKTPP.  Latihan kebakaran mendapat kerjasama daripada pasukan bomba dari Balai Bomba Pasir Gudang yang menghantar 4 orang anggotanya bagi menjayakan program ini.  Guru-guru dan murid-murid didedahkan cara menggunakan alat pemadam api dengan betul dan cara memadamkan api dengan selamat. Selain itu, warga SKTPP juga diberi taklimat tentang tindakan yang perlu diambil jika berlaku kebakaran.  Anggota bomba  turut membuat demonstrasi memadamkan api seterusnya memberi peluang kepada beberapa orang guru dan murid juga  melakukan aktiviti tersebut. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
 





 

Sunday 3 May 2015

GOTONG ROYONG LESTARI SK TAMAN PASIR PUTIH 2015

Pada 25 April 2015, Ahli Jawatankuasa Sekolah Lestari 2015 telah menganjurkan gotong royong perdana yang telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih. Aktiviti gotong royong ini turut disertai oleh ibu bapa dan wakil daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Malah, pihak sekolah juga turut menerima sumbangan pokok bunga daripada pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan ibu bapa. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.





Wednesday 22 April 2015

SK Taman Pasir Putih, SKK Meraikan Kejayaan

Perhimpunan rasmi mingguan pada 11 April 2015 menyaksikan penyampaian hadiah beberapa kejayaan membanggakan yang dicapai oleh murid-murid dan guru-guru sekolah ini. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah-wajah warga SKTPP. Semoga kejayaan ini memberi semangat dan dorongan kepada warga SKTPP untuk terus cemerlang. Tahniah kepada semua yang terlibat.
STaPP, Sentiasa Optimis Mencapai Sasaran.


Johan kawad kaki (lelaki/perempuan) dan ketua platun terbaik (lelaki/perempuan) daerah Pasir Gudang. Kedua-dua pasukan akan mewakili Pasir Gudang ke peringkat negeri.
 
 
Naib johan Kuiz Pendidikan Islam, MTQ peringkat Negeri Johor.
 
 
Muhammad Adib Hakim bin  Mohd Kahar mendapat tempat ke-4 dalam
Kejohanan Catur MSSD Pasir Gudang. Adib akan mewakili daerah ke MSSJ.
 
Bilik JQaf SKTPP mendapat pengiktirafan sebagai Naib Johan Pengurusan Bilik JQaf Terbaik Negeri Johor. Tahniah diucapkan kepada Puan Raihan selaku penyelaras, Puan Siti Hajar sebagai penolong penyelaras, semua guru JQaf dan Pendidikan Islam.
 

Tuesday 21 April 2015

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M 2015)

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

Program diadakan dari 21 hingga 23 April 2015




Surat arahan pelaksanaan 1K1M





Sunday 5 April 2015

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pasir Gudang 2015

4 April 2015- Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Pasir Gudang 2015 telah diadakan di SK Kota Masai 2 dan SKTPP telah mengahantar wakil ke pertandingan bercerita, pantun, pidato dan bicara berirama. Syabas dan tahniah diucapkan pada wakil-wakil sekolah dan guru-guru pembimbing kerana telah mengharumkan nama sekolah.
































Hari Temu Mesra 2015

5 April 2015 - Terima kasih diucapakan kepada para ibu bapa dan penjaga yang telah hadir ke sekolah sempena Hari Temu Mesra SKTPP.