Sunday 12 July 2015

PROGRAM JALINAN SK TAMAN PASIR PUTIH, SKK BERSAMA ASIAFLEX PRODUCTS SDN BHD DAN PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN MURID KURANG BERKEMAMPUAN 2015.

 
              Program Jalinan SK Taman Pasir Putih bersama Asiaflex Products Sdn. Bhd  telah berlangsung pada hari Khamis, 2 Julai 2015 bersamaan 15 Ramadan 1436H. Majlis  ini bertujuan merasmikan papan tanda baru SK Taman Pasir Putih, Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Kelas Abad 21  yang ditaja oleh Asiaflex. Syarikat Asiaflex Products Sdn. Bhd telah bermurah hati menyediakan prasarana bagi kelas 1 Rajin dan 4  Rajin. Untuk makluman, PIBG SK Taman Pasir Putih juga telah menyumbang prasarana  bagi kelas 2 Rajin dan 5 Rajin. Setinggi-tinggi penghargaaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak penaja. Adalah diharapkan kerjasama yang terjalin akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.
 
              Pada kesempatan ini, diadakan juga majlis penyerahan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim dan murid kurang berkemampuan. Aktiviti  ini merupakan aktiviti tahunan bagi SK Taman Pasir Putih. Majlis  pada tahun 2015 ini lebih meriah dengan kehadiran kakitangan daripada syarikat Asiaflex Products Sdn. Bhd dan  United System Technologies Sdn Bhd. Hasil sumbangan diperoleh daripada warga SKTPP, ibu bapa, PIBG dan syarikat-syarikat di sekitar Pasir Gudang termasuklah Asiaflex Products Sdn. Bhd. Semoga sumbangan ini dapat memberi kegembiraan kepada mereka sebagai persediaan menyambut Syawal. Majlis pada hari itu diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah di surau SKTPP.
 
           Penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program in. Tahniah kepada Jawatankuasa Unit HEM yang telah berjaya melaksanakan majlis ini.
 
Puan Zurina binti Mohd. Noor, Pengurus Sumber Manusia, Asiaflex  Products Sdn. Bhd merasmikan papan tanda SK  Taman Pasir Putih, Sekolah Kluster Kecemerlangan.
 
 
 

 
En. Ashari bin Abu Bakar, Pengurus HSE, Asiaflex Products Sdn. Bhd dan
En. Phua Ser Kiong, Pengurus United System Technologies Sdn. Bhd 
merasmikan Kelas Abad 21. 
 

 
 
 


 
Foto kenangan semua yang terlibat bersama anak-anak yatim.