"Setakat ini, sebanyak 371 sekolah telah dinobatkan sebagai Sekolah Kluster
Kecemerlangan sejak diumumkan pelaksanaannya pada 3 April 2006. Dengan
pengumuman 135 SKK lagi pada hari ini bukan sahaja KPM telah mencapai
sasarannya malah telah melepasi sasaran iaitu sebanyak 506 buah SKK.
Bilangan tersebut merupakan 5% daripada jumlah lebih kurang 10,000 sekolah
seluruh negara. Kelompok sekolah ini akan dilonjak dan dilestarikan
kecemerlangannya dan seterusnya diharap tersenarai sebagai Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT)." (KPPM 2015, ms.3)
Semoga dengan pengiktirafan ini, SKTPP akan terus cemerlang terutamanya dalam pencapaian-pencapaian yang melibatkan kebitaraan akademik Bahasa Melayu dan kokurikulum Pengakap (kawad kaki).
Pn. Hjh. Mardiana binti Hj. Sajadi menerima sijil pengiktirafan di Dewan Za'ba , Jabatan Pengajian Tinggi, Putrajaya.
Rujukan:
Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof (2015) "TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA" MAJLIS PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) FASA 9
Artikel UtusanOnline bertarikh 4 Mac 2015
|
No comments:
Post a Comment