Sunday 6 August 2017

Perasmian Minggu Bahasa Melayu

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Panitia Bahasa Melayu atas Majlis Perasmian Minggu Bahasa Melayu. Murid-murid SK Taman Pasir Putih SKK berpeluan untuk menyertai aktiviti dan pertandingan yang akan diadakan sepanjang minggu.

Ustaz Maturidi Bin Mohamed merasmikan Minggu Bahasa Melayu.


Upacara simbolik pelancaran Program Serumpun Pantun.

Barisan pentadbir dan guru-guru Panitia Bahasa Melayu.

Persembahan : Adat meminang.

Persembahan: Murid berbalas pantun.

Budaya pantun adalah teras adat Melayu.

Sunday 23 July 2017

MUHAMMAD HAZIM HAZAMI BIN MOHD KAHAR BERJAYA KE MSSM

Tahniah Muhammad Hazim Hazami Bin Mohd Kahar (5 Gemilang) kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat Negeri Johor dalam permainan catur. Seluruh warga SKTPP mendoakan supaya Muhammad Hazim Hazami akan terus cemerlang di peringkat kebangsaan (MSSM) kelak.