Tuesday 10 March 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah Kluster Kecemerlangan Kali Pertama / 2015

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah Kluster Kecemerlangan Kali Pertama / 2015 telah diadakan pada:


Tarikh            :10 Mac 2015
Masa              :12.00 tengah hari - 2 petang
Tempat          :Bilik Mesyuarat Gemilang
Pengerusi     :Puan Hjh Mardiana binti Hj Sajadi



Pelbagai perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Antaranya adalah taklimat penulisan RFP oleh Cik Zaiha, Pembantu Tadbir Kewangan Sekolah bagi Panitia Bahasa Melayu dan  Persatuan Pengakap.


Selain itu, ahli jawatankuasa turut membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.


Diharapkan pertemuan ini dapat memperkasakan lagi kecemerlangan sekolah yang telah dinobatkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 9.

Wednesday 4 March 2015

SK Taman Pasir Putih Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 9

PUTRAJAYA, 3 Mac- SK Taman Pasir Putih telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 9, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pn. Hjh. Mardiana binti Hj. Sajadi, Guru Besar telah merima sijil pengiktirafan dalam majlis pegiktirafan yang telah diadakan di Dewan Za'ba, Jabatan Pengajian Tinggi di Putrajaya.


"Setakat ini, sebanyak 371 sekolah telah dinobatkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan sejak diumumkan pelaksanaannya pada 3 April 2006. Dengan pengumuman 135 SKK lagi pada hari ini bukan sahaja KPM telah mencapai sasarannya malah telah melepasi sasaran iaitu sebanyak 506 buah SKK. Bilangan tersebut merupakan 5% daripada jumlah lebih kurang 10,000 sekolah seluruh negara. Kelompok sekolah ini akan dilonjak dan dilestarikan kecemerlangannya dan seterusnya diharap tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)." (KPPM 2015, ms.3) 




Semoga dengan pengiktirafan ini, SKTPP akan terus cemerlang terutamanya dalam pencapaian-pencapaian yang melibatkan kebitaraan akademik Bahasa Melayu dan kokurikulum Pengakap (kawad kaki). 


Pn. Hjh. Mardiana binti Hj. Sajadi menerima sijil pengiktirafan di Dewan Za'ba , Jabatan Pengajian Tinggi, Putrajaya.



Rujukan: 




Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof (2015) "TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA" MAJLIS PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) FASA 9  



Artikel UtusanOnline bertarikh 4 Mac 2015